Latihan
Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (2a)
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
21
Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A
melampau-lampau C berdekah-dekah
B
berdozen-dozen D menderu-deru
22
Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A
tersengguk-sengguk C teresak-esak
B
tersekat-sekat D terjerit-jerit
23
Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A
mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B
menggeleng-geleng D menggapai-gapai
24
Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A
berhenti-henti C bersiul-siul
B
berjalan-jalan D berlari-lari
25
Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A
bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B
berbalam-balam D berlapis-lapis
26
Harga kain songket itu mencecah ribuan tinggit kerana kehalusan buatannya dan
corak yang menarik.
Bidalan yang sesuai untuk
pernyataan di atas ialah
A
ada sampan hendak berenang
B
adat juara kalah menang
C
ada rupa ada harga
D
ada gula ada semut
27
Kamisah dan kawan-kawannya bekerja sambilan di kilang kasut sementara menunggu
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Bidalan yang sesuai untuk
pernyataan di atas ialah
A
baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
B
belakang parang kalau diasah akan tajam jua
C
cacing hendak menjadi naga
D
didengar ada dipakai tidak
28
Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar
siswazah.
Bidalan yang sesuai untuk
pernyataan di atas ialah
A
belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga
B
yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
C
genggam bara api biar sampai jadi arang
D
biar putih tulang jangan putih mata
29
Cik Xing selalu menyamar menjadi orang kaya untuk menipu, sedangakan dia hanya
seorang suri rumah.
Bidalan yang sesuai untuk
pernyataan di atas ialah
A
jauhari yang mengenal manikam
B
cacing hendak menjadi naga
C
alah sabung menang sorak
D
air digenggam tiada tiris
30
Saya akan memakai kasut sekolah yang lama ini sementara menunggu ayah membeli
kasut yang baharu. Tidak mengapalah, ____________________juga.
A
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
B
berani kerana benar, takut kerana salah
C
kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
D
kalau tiada rotan akar pun berguna
Jawapan
21A
22B
23C
24C
25B
26C
27A
28A
29B
30D
.