Soalan Novel : Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM (17)


(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang berserta contoh yang sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel tersebut.
 [7 markah]

(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
 [8 markah]

SABAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (a)

Di Sebalik Dinara
Silir Daksina
-      Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak
–       Marylin/Medina berasa susah hati apabila anaknya, Farisha diculik oleh Amin dan Farid. Apabilapenculik membawa Farisha untuk bertemu dengannya, Marylin/Medina mendekati Farisha dan mengatakan bahawa dia amat menyayangi Farisha.
-      Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu bapa
–       Walaupun baru mengetahui bahawa Karl dan Medina ialah ibu bapa kandungnya, Farisha menunjukkan kasih sayingnya dengan memujuk ibunya dan menangis ketika ayahnya meninggal dunia.
-      Persoalan kasih sayang abang terhadap adik
–       Azraai amat sayang akan Farisha dan menganggap Farisha seperti adik kandungnya sendiri walaupun Farisha hanya anak angkat yang dipelihara oleh keluarganya.
-   Persoalan kasih sayang bapa terhadap anak
–     Abdullah bin Kayan terlalu sayang akan anaknya, Haiqal yang terpaksa berpisah dengannya akibat perceraian Abdullah Kayan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindunya kepada anaknya.
-   Persoalan kasih sayang anak terhadap bapa
-      Haiqal berasa sebak sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya kerana perasaan sayangnya terhadap arwah ayahnya.
-   Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak
-      Umi tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti arwah ayahnya kerana berpendapat bahawa kehidupan seorang penulis tidak menjanjikan kebahagiaan dan hidup dengan bayang-bayang


SABAH 2017 - SKEMA JAWAPAN

Soalan 4 (b)

Di Sebalik Dinara
Silir Daksina
-      Kita hendaklah bekerjasama melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Contoh: Farisha dan Rosman yang bekerja di syarikat yang sama sering bekerjasama dan berbincang untuk membuat keputusan.
Contoh: Shida dan Farisha saling bekerjasama untuk mengesan dan mencari maklumat yang penting semasa melaksanakan tugas di Soft Lab
-      Kita hendaklah bekerjasama melaksanakan sesuatu program untuk kebaikan bersama.
Contoh: Penduduk kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama untuk menjayakan setiap aktiviti dan cara yang dijalankan di kampung tersebut.
Contoh: mereka bergotong-royong untuk menjayakan persembahan zapin D’Purnama.
Contoh: Penduduk kampung bergotong-royong menjayakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim.


.