Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda
kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua
peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
[7 markah]
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang berkaitan dengan watak utama bagi setiap
novel tersebut.
[8 markah]
|
WILAYAH PERSEKUTUAN - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Leftenan
Adnan Wira Bangsa
|
Tirani
|
-
Nilai kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak
Pak Saidi yang
menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan
dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah Inggeris agar mereka
mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
-
Nilai kasih sayang seorang suami kepada isteri
Leftenan Adnan
menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila mendapat berita
bahawa Jepun akan menyerang Singapura..
|
-
Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak
Raidah sanggup menaiki
kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya
dan memberi sokongan moral kepada Waheeda
-
Nilai kasih sayang seorang isteri kepada suami
Waheeda amat
menyayangi suaminya, Zahid. Dia sanggup berhadapan dengan Zahid yang kuat cemburu.
Apabila Zahid meninggalkan dia dan anak mereka, dia sangat sedih sehingga
mengalami kemurungan.
|
WILAYAH PERSEKUTUAN - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Leftenan
Adnan Wira Bangsa
|
Tirani
|
-
Kampung Sungai Ramal, Kajang
Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.
-
Sekolah Melayu Sungai Ramal
Adnan terpilih sebgai
guru pelatih dan diarahkan untuk mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
-
Pengkalan Tentera Pasir Panjang
Adnan memulakan tugas barunya di pengakalan tentera Pasir Panjang.
Pasir Panjang juga merupakan salah satu kubu terakhir yang dipertahankan oleh
askar Melayu ketika menentang tentera Jepun.
-
Bukit Candu
Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang
terletak di kawasan berbukit di sebelah timur menghadap ke laut. Adnan
terkorban semasa mempertahankan Bukit Candu. Mayatnya disemadikan di sana.
|
-
Hospital Kuching
Tempat Waheeda
menerima rawatan akibat kecederaan muka dan hidungnya yang digigit dan
dicakar oleh monyet Belanda
-
Silicon Medical Center (SMC) Singapura
Tempat Waheeda
menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
-
Chalet Tajau Emas
Tempat Waheeda
mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh
monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.
-
Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), KL
Tempat Waheeda
mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr.Qamariah
berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam
rumahtangganya.
|
.