Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (6)

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (6)



9.Manfaat / Faedah / Kepentingan yang diperoleh oleh Malaysia daripada dasar luar yang berbaik-baik dengan negara luar.

(a) Faedah Politik

(i) Komanwel

Ketika Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya, pertubuhan ini memberi bantuan ketenteraan kepada negara kita.Hal ini kerana Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britian. Seterusnya Komanwel turut membantu menghadapi konfrantasi Indonesia. Dengan ini dasar berbaik-baik dengan Komanwel dapat mengekalkan kedaulatan negara.Seterusnya keanggotaan Malaysia dalam Komanwel memberi peluang kepada negara kita menjadi tuanrumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur

1989. Hal ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia.

(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Perwakilan Malaysia ke PBB semasa pembentukan Malaysia berjaya menyelesaikan isu pertikaian pembentukan Malaysia. Seterusnya di PBB Malaysia berjaya menjadi anggota Majlis Keselamatan sebanyak 3 kali. Wakil Malaysia ke PBB Tan
Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan AgungPBB serta wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadiSetiausaha Agung

OIC yang pertama. Selain itu Malaysia juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah

Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003. Sidang kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 buah negara ahli, iaitu 31 Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan. Selain


sidang kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Ini telah mengharumkan lagi nama negara kita.
(iv) ASEAN

Melalui pengiystiharaan ‘ZOPFAN’ dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971 keamanan dan kestabilan politik negara kita terjamin. Malaysia juga telah menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.


(a) Faedah Ekonomi

(i) Komanwel

Negara-negara Komanwel seperti Britain, Singapura, India merupakan pasaran utama barangan dari Malaysia serta dapat peluang pelaburan daripada negara tersebut. Syarikat-syarikat tempatan juga mendapat peluang untuk melabur di negara-negara tersebut. Contohnya projek lebuhraya di India telah ditawarkan kepada syarikat Malaysia Hal ini dapat membantumajukan ekonomi negara.Khasnya meningkatkan sumberpendapatan negara serta memberi peluang
pekerjaan.

(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Bank Dunia telah memberikan bantuan bagi menjayakan rancangan FELDA dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.Hal ini telah membantu kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini dapat membasmi kemiskinan di luar Bandar dan menyediakan peluang pekerjaan.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Bank Pembangunan Islam telah memberi pinjaman bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Negara-negara Islam telah menjadi kawasan pasaran baru untuk negara kita. Selain itu mereka juga telah melaburdi negara kita seperti membuka cawangan bank seperti Bank Kuawait.Negara kita juga telah menjadi pilihan utama kepadapelancong-pelancong dari negara-negara Islam.
(iii) ASEAN

ASEAN telah menjadi rakan perdagangan utama dalam import dan eksport barangan Malaysia seperti Singapura dan Thailand. Rakyat Malaysia juga mendapat peluang pekerjaandi negara-negara ASEAN seperti Singapura. Ini dapatmeningkatkan pendapatan individu , negara dan kemasukanwang asing. Negara kita juga telah menjadi tumpuan utamatenaga buruh dari negara-negara jiran





seperti dari Indonesia dalam sektor pembinaan. Hal ini dapat membantu meningkatkan pembangunan negara. Kerjasama dengan negara jiran turut dapat memajukan sektor perindustrian negara. Contohnya projek Baja Urea di Bintulu Sarawak. Ini dapat membangunkan kawasan persekitaran Bintulu yang Berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

(iv) Dasar Pandang Timur

Hubungan baik antara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan membawa kepada perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang menguntungkan negara kita. Contohnya dalam bidang automobil kereta nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Selain itu pekerja tempatan berpeluang mengikuti latihan kemahiran dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.


(a) Faedah Sosial

Hubungan baik Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi sumbangan kepada bidang pendidikan. Pelajar-pelajar dari Malaysia diberi peluang untuk belajar di negara-negara seperti Jepun, Britain, Australia.Hal ini dapat melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing peringkat antarabangsa. Selain itu pelajar-pelajar luar negara seperti Nigeria dan Arab melanjutkan pelajaran di negara kita. Ini turut meningkatkan ekonomi negara kita. Universiti terkenal di dunia seperti Monash,

Nottingham telah membuka cawangan di negara kita. Ini telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kini Malaysia telah menjadi hab pendidikan yang terkenal di dunia.Seterusnya keadaan ini mengurangkan pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjimatkan pengaliran keluar wang negara serta mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.

Seterusnya Malaysia juga berpeluang menganjurkan sukanpada peringkat antarabangsa. Contohnya pada tahun 1998 Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Hoki Piala Dunia. Malaysia juga menjadi tuan rumah Piala Thomas dan Piala Uber bagi permainan badminton. Selain itu juga menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa kali. Semua ini telah mengharumkan nama negara peringkat antarabangsa.

.