NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 16 – Bab 20
Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani
latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera.
Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga
terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar
Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai
upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat
pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu.
Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan
pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya
maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat
menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin
dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan
Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang anak:
dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka
tinggal di rumah besar di Pasir Panjang,
dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku
Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan
Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga.
Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia
membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke
Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British
bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi.
Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan
berjaga-jaga.
Sinopsis Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang
sama Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan
agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan
menyatakan bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di
sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun
berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ
ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan
supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak
Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli
keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India
juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa
Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.