Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (9)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (9)




12. Ramalkan dasar luar negara kita pada masa hadapan.

1.Mengutamakan diplomasi dalam mengatasi konflik antarabangsa

Malaysia perlu menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih erat dengan semua negara.Selain itu, perlu mengelakkan perlumbaan yang boleh mencetuskan peperangan. Contohnya, Malaysia perlu memperkasakan konsep wasatiyah dan kesederhanaan global.

2.Bersahabat dengan semua negara tanpa mengira blok

Malaysia perlu berpegang teguh kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Seterusnya, menghormati kedaulatan negara lain dan menyokong usaha keamanan supaya kesejahteraan dunia berkekalan.Malaysia juga perlu berperanan dalam menghapuskan sistem blok dalam ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU).

3.Menghulurkan bantuan kepada negara yang memerlukan

Malaysia terus membantu negara-negara miskin seperti Sudan, Somalia.Boleh mendesak negara kaya (G7) supaya membantu membangunkan semula negara miskin. Contohnya, Malaysia boleh mencadangkan dana yang perlu dikeluarkan oleh negara G7 kepada negara miskin melalui PBB.

4.Menghormati kebebasan beragama

Kebebasan beragama merupakan amalan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.Maka Malaysia perlu lantang bersuara terhadap dasar penghapusan etnik dan agama seperti yang berlaku kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.Malaysia perlu terus menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

5. Mengeratkan hubungan dengan negara Islam

Bagi bertujuan mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.Malaysia perlu meberi bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.








13.Cabaran / Halangan / Ancaman dalam melaksanakan dasar luar Malaysia pada hari ini / era globalisasi

Politik

(a) Pencerobohan sempadan antarabangsa

Isu pencerobohan melahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia. Contohnya, pencerobohan tentera udara Singapura di ruang udara Johor. Ini telah mengancam keselamatan negara. Selain itu, isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara juga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya, isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Akibatnya, Malaysia telah kehilangan wilayah yang sebelum ini menjadi hakmiliknya. Hal ini telah mengancam hak dan kedaulatan negara kita. Seterusnya, pencerobohan daratan juga berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari Filipina di Lahad Datu juga mencabar hubungan kita dengan Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing seperti dari Thailand dan Vietnam di perairan laut kita menyebabkan hubungan baik kita dengan negara jiran tergugat.

(b) Ancaman ektremis Islam

Contohnya, Thailand sering menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu ‘POLO’. Penglibatanwarga Malaysia di Syria dan Filipina menyebabkan Malaysia sering dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

(c)Tuntutan pemisah dengan negara jiran

Juga mendatangkan masalah kepada negara kita. Ini kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.Selain itu, Malaysia juga diminta menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian ini.Contohnya tuntutan pemisah Moro di Filipina dan pemisah di Selatan Thailand.

(d) Kelonggaran undang-undang di negara jiran

Kelonggaran undang-undang di negara jiran juga menggugat hubungan kita. Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran di Thailand boleh menular ke negara kita.Kemasukan senjata api terutama dari Tahailand akan mengancam keselamatan dan ketenteraman negara kita.










(e)Kehilangan pesawat MH370

Isu terbesar yang menjadi cabaran kepada negara kita ialah kehilangan pesawat

MH370 telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa buah negara luar. Ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Contohnya, China yang merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan Malaysia terhadap isu tersebut.



EKONOMI

(a) Penyeludupan di sempadan negara

Contohnya, penyeludupan beras dan minyak bersubsidi di sempadan Malaysia-

Thailand dan Sarawak-Kalimantan. Hal ini membawa kerugian kepada negara yang terlibat dan menjejaskan hubungan antara negara serantau.

(b) Kejatuhan nilai mata wang

Malaysia terdedah dengan serangan mata wang oleh penyangak mata wang. Hal ini menyebabkan nilai mata wang Malaysia menjadi tidak stabil dan tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.Akibatnya, pelaburang asing terjejas dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia akan tergugat.

(d) Kebergantungan kepada negara maju

Malaysia terpaksa menjual getah dan kelapa sawit dengan harga yang ditentukan oleh negara pembeli seperti Amerika Syarikat.Akibatnya, Malaysia kurang menjalinkan hubungan dengan negara-negara sedang membangun.



SOSIAL

(a) Jenayah merentasi sempadan

Contohnya, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah.Pengedar dadah menjadikan

Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi keldai dadah.

(b) Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI)

Kemasukan pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh , Vietnam dan Nepal telah merengangkan hubungan antara negara-negara terbabit.Hal ini kerana kemasukan buruh asing telah membawa kepada peningkatan masalah sosial di negara kita seperti kes pembunuhan di Pasar Borong Selayang.Selain itu, mewujudkan






kebergantungan kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan dan perladangan.

Terdapat juga pelarian politik dari negara jiran terutama pelarian politik Rohingya dari Myanmar.

(c) Isu pertindihan kebudayaan

Isu bertindih tuntutan bersama berkaitan kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet. Isu nyanyian dan tarian ini telah dibangkitkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil seni mereka.

(d) Masalah pembakaran terbuka dan jerebu

Pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera , Indonesia mengakibatkan masalah pencemaran udara dan mengancam kualiti udara di negara kita. Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. Akibatnya, timbul isu tuduh menuduh antara negara serantau

(e) Krisis kemanusiaan

Dasar perlindungan Malaysia ke atas pelarian Rohingya di Myanmar telah menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi tegang.

(e) Masalah pemerdagangan manusia, haiwan , senjata api dan mercun

Kebanyakan barang terlarang yang masuk ke negara kita ialah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara kita seperti Thailand.


.