Tahun 6 : Kertas Soalan Objektif (1)
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling
sesuai.
1 Hartawan itu _____ apabila semua barang
berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati C pilih kasih
B putih mata D salah urat
2 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat
manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang C curi tulang
B pisau cukur D mati kutu
3 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab
telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur C otak udang
B lintah darat D perigi buta
4 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh
suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali
5 Emak selalu menegur sikap abang yang ______
itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati
6 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak
10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji
7 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang
lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api
8 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan
hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku
9 Anita sangat ______ sehingga sanggup
menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati
10 Penduduk kampung itu menerima kunjungan
Perdana Menteri dengan ______ pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati
Jawapan
1C
2B
3A
4D
5C
6D
7A
8B
9C
10B
.