Latihan
Tatabahasa – Soalan Peribahasa Melayu (1b)
Isi
tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
11
Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali
bertemu.
A
berpeluk tubuh C kepala batu
B
bertikam lidah D habis jodoh
12
Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung
itu.
A
jalan belakang C gigi hutan
B
hilang akal D jejak bara
13
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di
padang.
A
mulu tempayan C gigi hutan
B
kaki ayam D jejak bara
14
Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______
tentang keburukan orang lain.
A
tangan kanan C buta huruf
B
bawa mulut D alas perut
15
Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
A
ambil berat C cari salah
B
cari makan D ambil hati
16
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
A
comot-momot C simpang-siur
B
kumat-kamit D kusut-masai
17
Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan
jalan yang teruk.
A
bengkang-bengkok C simpang-siur
B
mundar-mandir D lalu-lalang
18
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A
rempah-ratus C sayur-mayur
B
tanah-tanih D kuih-muih
19
Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan
secara ______.
A
gotong-royong C riuh-rendah
B
lintang-pukang D hiruk-pikuk
20
Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara
tiba-tiba.
A
terang-benderang C kacau-bilau
B
gelap-gelita D hiruk-pikuk
.
Jawapan
11B
12C
13B
14B
15A
16B
17D
18D
19A
20B