NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 21 – Bab 25
Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup
kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah
Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan
mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan
mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat
persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British
mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka.
Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu,
dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan
bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya
ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka
ialah Samad.
Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan
pejabat pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu
yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak
suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah
tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan
Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.
Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan
Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat
pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan
berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang
supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun
akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal
juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya
perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu
Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam
kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera.
Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering
mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang
supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu
telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan
suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh
banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang
mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji
menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh
yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan
sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di
pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera
Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan
sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat
mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka
dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu
bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan
pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa
tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera
Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh
sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat
di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit
berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan
askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh.
Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera
Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera
British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal
pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang
ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.