NOVEL PANTAI KASIH :
Plot
PLOT
1. Permulaan
Permulaan novel ini
menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia
masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas
suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa
hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani
pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang
pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan
pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak
perlu menjalani pembedahan lagi.
2. Perkembangan
Raiha sering
terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar
mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta
pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa
sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian
anaknya itu.
Sister Felicia
Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan
peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat
dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya
menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan
rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian
anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan
sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong
Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan
peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha
walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah
rendah lagi.
Doktor Uwang juga
sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan
daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri
bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya
terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta
mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status
pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya.
Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang rentung dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering
teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan
kromosom. Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan
tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua
orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.
Doktor Uwang dan
doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar
sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang
secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas
penuntut bidang perubatan.
Panggilan telefon
yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan
Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan
kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada
pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak
ciknya yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia
melanggar tembok pusat rawatan itu.
Akhirnya Doktor
Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan
tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian
sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan
namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan
statusnya.
Raiha mengetahui
bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas
suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu
berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka
adakan mangsa keadaan.
3. Konflik
Konflik dengan diri sendiri
a. Konflik Raiha dengan
peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat
melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan
kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria
disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa
bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian
itu.
b. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
Pergaulan hidup
yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita.
Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan
menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
c. Konflik Sister Felicia dengan maruah
dirinya
Sister Felicia
sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar.
Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap
dirinya itu.
d. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
Doktor Uwang yang
tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak
ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta
diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri
tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga
waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya
itu.
Konflik dengan
orang lain
a. Konflik antara Raiha
dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik
hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan
kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke
mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi
utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.
b. Konflik antara
Sister Felicia dan Raiha
Sister Felicia berkonflik
dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap
emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih
menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking
ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang
dan tidak menerima teguran tersebut.
C. Konflik antara
Raiha dengan ayahnya
Raiha mahu menjadi
pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh
ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya
cita-citanya itu tercapai.
d. Konflik antara
Doktor Uwang dengan Emak Unong
Doktor Uwang berasa
bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar
perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila
emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong
itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip
hidupnya bahawa wang bukan urusannya.
e. Konflik antara
Sister Felicia dengan Emak Unong
Sister Felicia
berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak
sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan
peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong
mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat
komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati
dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara
mendapatkan keuntungan peribadi.
f. Konflik antara
Sister Felicia dengan Doktor Uwang
Sister Felicia
ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor
Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu
berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia
kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
4. Klimaks / Puncak
Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat
Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya
yang kebas.
o
Doktor Uwang yang mendapat panggilan
kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi
dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke
pusat rawatan tersebut.
o
Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan
Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara
perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak
petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak
perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak
fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas
kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang
sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o
Kemalangan tersebut menyebabkan
Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya
hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan
sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o
Pembedahan terpaksa dilakukan dengan
segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor
Uwang pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya.
5. Peleraian
o
Raiha menjadi doktor bedah yang membedah
Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus
dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi
pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang
hancur.
o
Akhirnya Sister Felicia Landosi
memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan
membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya
itu.
o
Sister Felicia juga memaklumkan
bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta
mewah mereka.
o
Sister Felicia juga menyatakan rasa
terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu
disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
o
Sister Felicia juga menyatakan bahawa
dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.
o
Raiha menerima semua takdir itu
dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.