NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 11 – Bab 15
Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa
dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan
perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa
Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan
rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa
Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain
terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam
pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat
kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan
hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat
ketiga.
Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan
mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh
Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh
Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili
Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut
tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak
berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri
rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar
berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan
pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih
mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja
sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum
ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita
kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu
telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan
mengambil anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat
keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan
mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin
menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu
Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk
pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan
kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke
Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh
dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.