NOVEL PANTAI KASIH : Plot

NOVEL PANTAI KASIH : Plot 

PLOT

1.         Permulaan

Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.

Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.


2.         Perkembangan

Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadamkan dalam ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.

Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang rentung dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.

Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.

Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.

Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.


3.         Konflik

Konflik dengan diri sendiri

a.         Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

b.         Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

c.         Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

d.         Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan  sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.


Konflik dengan orang lain

a.         Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.

b.         Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

C.        Konflik antara Raiha dengan ayahnya
Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

d.         Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.

e.         Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong
Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.

f.          Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor Uwang
Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.

4.         Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.

o    Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o    Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o    Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o    Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya.

5.         Peleraian

o    Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o    Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
o    Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o    Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
o    Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.

o    Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 21 – Bab 25

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : Sinopsis Bab 21 – Bab 25

Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu  6 Disember 1941, berita  kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.  Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka.  Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu.  Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya.  Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.  Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang  supaya mempertingkatkan kawalan.  Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi  tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang  supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.  Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya.  Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan  askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

NOVEL PANTAI KASIH : Gaya Bahasa

NOVEL PANTAI KASIH : Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

1.         Peribahasa

2.         Similie
Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam

3.         Penggunaan Diksi

Kata-kata istilah sains perubatan
Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.  Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis.

Perkataan masyarakat setempat

Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol.

NOVEL PANTAI KASIH : Watak dan Perwatakan

NOVEL PANTAI KASIH : Watak dan Perwatakan

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

  • Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
  • Doktor pakar bedah
  • Anak kepada doktor pakar bedah
  • Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar Perunding Pembedahan.
  • Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
  • Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
  • Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
  • Sentiasa terkenang peristiwa malang  yang mengakibatkan kematian anak kesayangannya.
  • Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
  • Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
  • Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan

Doktor Uwang

  • Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
  • Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
  • Guru yang pernah mengajar Raiha unsur-unsur
  • Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
  • Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
  • Berwajah kacak dan segak
  • Berusia pertengahan empat puluhan
  • Bertubuh sederhana
  • Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
  • Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
  • Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

  • Bekas Pesakit Doktor Uwang
  • Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
  • Kurus cengkung dan pucat
  • Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
  • Mempunyai masa depan yang cerah
  • Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
  • Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar negara

Doktor Sadiz

  • Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
  • Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
  • Pakar Perunding Pembedahan
  • Pakar Bedah Otak
  • Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
  • Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
  • Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
  • Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

  • Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
  • Seorang yang optimistik.
  • Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
  • Sudah meninggal dunia
  • Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
  • Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
  • Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
  • Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

o   Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o   Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
o   Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
o   Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
o   Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.

o   Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM (11)


Dasar Luar Malaysia : Nota Sejarah SPM  (11)




15. Iktibar daripada dasar luar Malaysia

Politik

Iktibar yang perlu diamalkan ialah kita harus mengukuhkan semangat kerjasama dengan negara-negara jiran supaya dapat menjamin keselamatan negara dan kestabilan politik negara.Hal ini seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara kita. Kerjasama yang erat dalam politik boleh membanteras jenayah merentasi sempadan dan kegiatan penyeludupan.Dengan ini hubungan diplomatik yang diamalkan selama ini membantu meningkatkan pertahanan negara kita.

Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita selama ini telah berjaya mengeratkan hubungan dengan hampir semua negara dunia dan membantu kita pada masa getir..Buktinya ialah ketika negara menghadapi masa yang sangat genting dalam isu kehilangan MH370 hampir dua puluh negara menghulurkan bantuan dalam misi pencariani pesawat itu.

Kita juga harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa. Pemimpin

Malaysia telah berani mempertahankan hak dan maruah bangsa dalam persidangan antarabangsa. Seterusnya pemimpin juga sentiasa sedia menerima perubahan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus globalisasi. Dasar pemimpin yang mengamalkan pendekatan rundingan dalam menyelesaikan pertelingkahan antara negara perlu dicontohi oleh generasi muda hari ini demi menjaga imej negara kita.

Rakyat negara kita juga perlu mengambil iktibar dariapada kekacauan dan peperangan yang berlaku di negara lain dengan mengukuhkan perpaduan kaum demi menjamin keamanan negara kita.



Ekonomi

Iktibar seterusnya ialah negara kita perlu mengutamakan kemakmuran ekonomi dalam dasar luarnya. Antaranya kita perlu meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara dunia..Seterusnya perlu mengamalkan dasar mesra pelabur untuk menarik lebih ramai pelabur asing. Ini akan menguatkan lagi persaingan Malaysia di persada antarabangsa. Seterusnya kerjasama ekonomi juga membantu pertukaran teknologi dan teknikal dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat membantu Malaysia menjadi negara industri yang maju menjelang tahun 2020. Kerjasama ini juga dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita dan kemakmuran bersama.

Kita banyak bergantung kepada negara jiran untuk mendapatkan sumber makanan dan bekalan barang keperluan harian.Kita juga amat bergantung kepada negara-negara jiran untuk mendapatkan sumber tenaga buruh.Oleh itu kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara.




Sosial

Penglibatan Malaysia dalam bidang sukan seperti sukan Komanwel, Sukan Oilmpik,

Sukan SEA menunjukkan kita mementingkan semangat perpaduan dan kerjasama melalui sukan.Seterusnya membantu memantapkan lagi mutu sukan negara. Penyertaan dalam sukan-sukan ini secara tak langsung berjaya menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pemenang dalam sukan ini membuktikan slogan Malaysia Boleh menjadi suatu kenyataan.

Dalam bidang bidang pendidikan pula, berlaku pertukaran pelajar antara negara. Hal ini dapat memahami budaya, dan cara hidup pelajar negara lain. Ini dapat mewujudkan sikap liberal dalam kalangan masyarakat negara kita. Ini seterusnya dapat mewujudkan persefahaman anata kaum.

Seterusnya hasil dasar luar yang berbaik dengan semua negara, Malaysia juga menerima bantuan kemanusiaan seperti dari negara Taiwan ketika musibah banjir di Pantai Timur pada tahun 2014. Ini membuktikan dasar setia kawan Malaysia terpelihara.

Dasar Malaysia yang mementingkan keadilan sejagat perlu dijadikan iktibar oleh negara lian. Perjuangan Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan Isu Palestin membuktikan Malaysia komited terhadap isu-isu yang tidak adil yang berlaku di dunia. Ini menunjukkan Malaysia peka dalam memperjuangkan hak asasi manusia.


16.RUMUSAN / KESIMPULAN

(a) Pengetahuan

Pengetahuan yang diperoleh ialah dasar luar Malaysia dibentuk berasaskan kepentingan yang membawa kebaikan kepada negara.Tetapi inanya berubah-ubah mengikut kepimpinan

Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara bagi memperjuangkan keamanan dunia dan kedaulatan negara kita. Selain itu kemajuan ekonomi negara juga bergantung kepada dasar yang yang mantap.

(b) Nilai / Unsur Patriotisme

Sentiasa bersikap toleransi agar sebarang perbalahan dapat diselesaikan dengan baik.Keadaan ini boleh mewujudkan keamanan dunia.

Sikap kerjasama perlu ada antara pemimpin dunia bagi memastikan kemajuan ekonomi dinikmati bersama

Kita mestilah menanamkan semangat cinta akan keamanan bagi menjaga keharmonian hidup.




Pemimpin harus memiliki semangat jati diri yang mantap agar tidak menimbulkan sebarang isu yang menimbulkan pertikaian dan perselisihan.

Kita perlu sedia berkorban dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara agar negara luar terus menghormati Malaysia.



(c) Harapan

Segala bentuk dasar luar yang telah bentuk dan akan dilaksanakan akan merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang maju dan makmur.

Rakyat di negara ini akan menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin agar negara kita terus aman dan harmoni.

Semua negara di dunia perlu saling menghormati bagi memastikan dunia kekal aman dan selamat untuk didiami.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi mengatasi isu antarabangsa.


.